Tuesday, 27 December 2011

klinik angry KITA...

PENAWAR DAN UBAT PENYAKIT MARAH:

Lazimkan melakukan DUA perkara apabila berasa MARAH :

1. Memecahkan kemarahan /meredakannya:

Yang dimaksudkan dgn memecahkan kemarahan ialah mendidik, mengajar dan mengerahkan perasaan Marah sehingga ia tunduk patuh kpd pertimbangan aqal dan suruhan Syara'.

Umpama anjing perburuan yg taat patuh tidak sekali kali engkar kpd perintah tuannya; maka begitulah juga Marah, bergerak gerak akur dgn arahan pertimbangan aqal yg waras, dan syara', tenang dan diam mengikut petunjuk keduanya dpd keduanya itu.

Perkara ini dpt dicapai dgn bersungguh sungguh mengasuh dan mengajar perasaan marah ini dgn membiasakan lambat marah, mudah memberi kemaafan,menjauhi pertelingkahan dan perkara perkara yg menyebabkan marah.

memecahkan kemarahan bukan bererti menghilangkannya atau membuang perasaan marah sama sekali kerana perasaan marah tidak mungkin dpt di buang dari diri kita, dan tidak patut ia hilang; bahkan jika ia hilang sekalipun maka wajib kita mengadakannya kerana Marah adalah perkakas yg perlu untuk:

A. Memerangi musuh Allah, menghalang kekufuran dan Kejahatan Musuh Allah.

B. Menyeru kepada perkara ma'ruf

C. Menegah perkara Mungkar.

2. Menjaga cetusan lintasan dalam hati :

Diri hendaklah mengetahui dan mengingati:

I. Mengetahui tidak ada sebab mengapa perlu marah (i.e dlm hal yang berkaitan dgn peribadi bukan krn agama atau hal ketaatan kpd Allah dan Rasul ) kerana segala sesuatu itu berlaku adalah dgn kehendak Allah, bukanlah dgn kemahuan dan kehendaknya. Tidak memahami perkara ini adalah sehabis habis jahil.

II. Mengetahui bahawa Marah kemurkaan Allah lebih hebat dpd kemarahannya, sedangkan pula limpah kurnia Allah dan kemaafan Allah lebih besar dpd itu. Beberapa kali dirinya menderhakai Tuhannya, Allah masih lagi membuka luang kemaafan, tidak terus dijatuhkan hukuman.

III. Hendaklah kita ingat, bahawa kita lebih wajib mengikut perintah Allah dpd kita marah tak tentu pasal dan menurut kehendak nafsu dan jiwa kebinatangan.

Perkara yg dilakukan ketika Marah :

1. Mengucap Ta'awuz iaitu membaca : "A'uzu billahi minassyaithanirrajim " sesungguhnya Marah itu dpd syaitan (jln masuk hasutan syaitan kpd diri manusia) Maka berlindunglah dgn Allah dari kejahatannya.

2. Hendaklah duduk jika sedang berdiri

3. hendaklah berbaring jika dia sedang duduk. jika tidak hilang juga kemarahan dgn melakukan dua perkara tersebut maka hendaklah:

4. Mengambil wudhuk (air sembahyang) sabda Rasul saw : "Sesungguhnya syaitan itu dpd api (an nar )dan sesungguhnya dipadamkan api itu dgn air, maka apabila seseorg kamu marah, maka ambillah wudhuk (air sembahyang)" hadis riwayat Abu Daud. Sabda Rasul saw: "Ketahuilah sesungguhnya marah itu seumpama bara api pada hati anak Adam, tidakkah kamu melihat kedua matanya merah, dan bengkak urat lehernya. Maka jika dapati yg demikian itu, maka hendaklah dia meletakkan pipinya ke bumi"

i.e. meletakkan semulia- mulia anggota pd tubuh manusia kpd sehina-hina tempat supaya terhapus takabbur (ego)nya yg menjadi punca perasaan marahnya itu. lalu ketahui sesungguhnya dia hanyalah hamba yg hina, dijadikan dari tanah, dan hidupnya adalah dgn hasil hasil sumber tanah, dan kpd tanah ia dikembalikan. tidak patut baginya merasa takabbur,angkuh dan sombong. Penutup: Menahan diri drpd marah adalah sifat yg baik dan terpuji, justeru itu Allah ada menyebut dlm kitabNya al quranul karim tentang org yg menahan diri drpd marah, Al kaadzimiinal ghaizd. Sabda Rasul saw:" Sesiapa yg menahan MARAH, walaupun dirinya berkuasa melaksanakan apa yg tercetus hati utk melaksanakannya;Nescaya Allah akan memenuhkan hatinya pada hari qiamat dgn keamanan dan keimanan ." Hadis riwayat Abu daud.

No comments:

Post a Comment